Kejohanan Paintball ini diadakan di padang Bukit Bulat semasa Kempen Pilihanraya kecil N08 DUN Machap tahun lepas.
Sunday, March 30, 2008
BN Menang.....
Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri Datuk Wira Poh Ah Tiam.
Pada PRU 12 yang lalu, YB Lai Meng Chong sekali lagi memenangi kerusi itu. Ini bermakna, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu sekaligus mengekalkan jawatan yang disandang olehnya walaupun mendapat tentangan hebat dari calon pembangkang.
Selamat Bertugas Pemimpin Baru

Saya mengharapkan kerajaan baru yang ditubuhkan akan lebih mantap dan lebih prihatin dengan keperluan rakyat. Sekarang mungkin tibalah masanya untuk kita sama-sama melihat bagaimana pemimpin-pemimpin yang terpilih ini menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan sewaktu berkempen dahulu.
Tanggungjawab sebagai pemimpin seperti yang kita tahu amat besar dan berat, sebagai rakyat berikanlah sokongan tidak berbelah bagi kepada pemimpin baru kita ini. Hidup ini akan lebih tenteram jika rasa sangsi kepada pemimpin kita jauhkan. Selamat bertugas
pemimpin baru!
Subscribe to:
Posts (Atom)