Sunday, March 30, 2008

Gambar Kenangan Sukaneka


Kejohanan Paintball ini diadakan di padang Bukit Bulat semasa Kempen Pilihanraya kecil N08 DUN Machap tahun lepas.

BN Menang.....


BN MENANG... Gambar ini diambil sejurus selepas nama YB. Lai Meng Chong (tiga dari kanan) diumumkan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Machap di pusat penjumlahan undi di Kompleks Japerun Machap pada pilihanraya kecil DUN itu tahun lepas.

Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri Datuk Wira Poh Ah Tiam.

P
ada PRU 12 yang lalu, YB Lai Meng Chong sekali lagi memenangi kerusi itu. Ini bermakna, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu sekaligus mengekalkan jawatan yang disandang olehnya walaupun mendapat tentangan hebat dari calon pembangkang.


Selamat Bertugas Pemimpin Baru


Saya pasti anda telah pun sedia maklum mengenai keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang baru sahaja diumumkan di akhbar-akhbar. Persaingan kali ini sememangnya cukup sengit dengan beberapa pengambilalihan kerusi di Parlimen mahu pun di Dewan Undangan Negeri. Ini menunjukkan begitu hebatnya kuasa rakyat dalam menentukan masa depan negara.

Saya mengharapkan kerajaan baru yang ditubuhkan akan lebih mantap dan lebih prihatin dengan keperluan rakyat. Sekarang mungkin tibalah masanya untuk kita sama-sama melihat bagaimana pemimpin-pemimpin yang terpilih ini menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan sewaktu berkempen dahulu.

Tanggungjawab sebagai pemimpin seperti yang kita tahu amat besar dan berat, sebagai rakyat berikanlah sokongan tidak berbelah bagi kepada pemimpin baru kita ini. Hidup ini akan lebih tenteram jika rasa sangsi kepada pemimpin kita jauhkan. Selamat bertugas
pemimpin baru!